1 2 3 4 5

Puasa Ramadhan : Takrif, Fadhilat atau Kelebihannya, Dalil dan Sejarah Pensyariatannya



Takrif / erti Puasa :
Dari sudut Bahasa : ialah menahan diri daripada sesuatu dan diam daripada berkata-kata..
Dari sudut Syarak : ialah menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa atas pihak yang tertentu, dengan syarat-syarat tertentu [perkara ini akan dibahaskan pada post yang akan datang, InshaAllah..]

Dalil / bukti pensyariatannya :
Dalil pensabitannya adalah berdasarkan ijmak.. merujuk kepada firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Allah s.w.t telah memfardhukan ke atas kamu puasa" [Surah al-Baqarah ayat 183]

Manakala dalam hadis Nabi Muhammad s.a.w pula yang bermaksud : "Terbinanya agama Islam itu atas lima (5) perkara.... [salah satunya ialah berpuasa]"

Kedudukan Puasa, Sejarah Pensyariatan serta Kedudukan Orang Yang Mengingkarinya...

Maka, adalah puasa itu satu rukun daripada segala rukun Islam yang lima (5).. dan Allah Subhanahu waTaala memfardhukan puasa Ramadhan itu pada bulan Syaaban pada tahun yang kedua (ke-2) daripada tahun Hijrah.. dan adalah fardhunya itu diketahui dengan masyhur daripada perintah agama Islam.. Maka barangsiapa ingkar akan wajibnya, jadilah ia Kafir dan wajib menyuruh ia bertaubat daripada mengingkarinya.. Maka, jika ia enggan bertaubat wajib atas Imam (pemerintah) membunuhnya, melainkan jika ia baru memeluk Islam, atau jadi jauh daripada ulama', maka tiadalah ia jadi Kafir sebab ingkar terhadap kewajipannya..

Dan barangsiapa meninggalkan puasa kerana segannya, bukan kerana ingkar akan kewajipannya, seperti..katanya : "Puasa Ramadhan wajib ke atasku, tetapi aku tidak berpuasa kerana segan, dan bukan juga kerana sakit atau bermusafir".. Maka ia hendaklah dipenjarakan di dalam penjara tanpa deberi makan dan minum pada siang hari supaya ia benar-benar berpuasa pada siang harinya.. Sehinggalah ia benar-benar tahan berpuasa, maka bolehlah ia dibebaskan dari penjara..

Ibadah Korban : Takrif, Dalil Pensyariatan, dan Hukum Menunaikannya


Takrif Adhiah / Korban :
Iaitu haiwan yang disembelih terdiri daripada unta, atau sapi, atau kerbau, atau kambing, kerana menghampirkan diri kepada Allah Taala berdasarkan masa yang ditetapkan.. (akan dihuraikan pada post akan datang, Insha Allah..)

Dalil Pensyariatan Korban :
Dalil yang mensabitkan korban itu dahulu daripada ijmak..

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Sembahyanglah kamu wahai Muhammad pada Hari Raya dan sembelihlah korban.." Surah al-Kauthar ayat 2..

Dan sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud :
"Tiada jua dikerjakan oleh anak Adam daripada suatu amal pada hari raya yang lebih digemari Allah Taala daripada menumpahkan darah, yakni menyembelih korban.. Dan bahawasanya korban itu jua akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduknya dan kuku kakinya, dan bahawasanya darah tersebut, di sisi Allah, jatuh pada suatu tempat kemuliaan dahulu sebelum ia jatuh ke bumi.. Maka bergembiralah kamu dengan korban mu itu.."

dan lagi sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud :
"Perbesarkan olehmu akan sekalian korban kamu kerana bahawasanya ia menjadi tunggangan kamu atas titian sirat pada hari kiamat"..


Hukum Menunaikan Korban Oleh Umat Islam (Selain Rasulullah s.a.w):
Hukum melaksanakan ibadah korban adalah Sunat Muakkad apabila seseorang itu...

1) Merdeheka (tidak disunatkan bagi hamba abdi)

2) Mukallaf

3) Rashid

4) Mampu melaksanakannya

Hukumnya HARUS : Bagi bapa atau datuk melakukan ibadah korban untuk anaknya.. [akan dihuraikan pada post yang akan datang]


Hukum Menunaikan Ibadah Korban oleh Rasulullah s.a.w :

Ibadah korban itu wajib khusus ke atas Nabi Muhammad s.a.w berdasarkan sabda baginda yang bermaksud : "Aku telah diperintahkan (diwajibkan) oleh Allah untuk melaksanakan ibadah korban, dan ianya sunat bagi kamu".. [Riwayat at-Tarmizi]

dan lagi sabda Nabi Muhammad s.a.w bermaksud : "Telah difardhukan atasku korban dan tidak diwajibkan ia ke atas kamu" [Riwayat Dar Qutni]

Fadhilat dan Kelebihan Solat Berjamaah Berdasarkan Hadis


Hakikat Solat Berjamaah :
Ialah hubungan yang terhasil di antara Imam dan makmum, sekalipun makmum itu seorang sahaja. Ianya adalah salah satu dari ciri-ciri khusus umat Nabi Muhammad s.a.w ini.. sepertimana Solat Jumaat, Solat Dua Hari Raya, Solat Gerhana, dan Solat Minta Hujan..

Berkata al-Manawiy : Hikmah ianya diSyariatkan ialah untuk menyemai semangat kasih sayang di antara ahli jamaah. Sebab itulah dibina masjid di sesebuah penempatan untuk membolehkan berlaku pertemuan (pada waktu solat) di antara jiran tetangga.. Dengan adanya solat berjamaah juga, orang yang kurang arif dapat belajar dari yang alim apa yang mereka kurang tahu, khususnya perkara-perkara yang berkaitan dengan solat..

Sebagaimana yang kita ketahui, martabat manusia berbeza-beza dari sudut nilai ibadah mereka. Oleh itu, dengan mengerjakan solat secara berjamaah, kekurangan yang ada pada mereka yang kurang nilai solatnya itu, dapat ditampung dari kelebihan pahala solat mereka yang lebih nilai solatnya.. Maka dengan itu, sempurnalah solat semuanya..

Terdapat beberapa buah hadis yang menerangkan kelebihan solat berjamaah. Antaranya ialah hadis berikut, yang bermaksud :
Dari Abdullah bin Umar, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : "Solat berjamaah itu melebihi fadhilat solat bersendirian dengan dua puluh tujuh (27) darjat" [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

Terdapat beberapa buah hadis lain mengenai kelebihan solat berjamaah iaitu seperti Hadis yang diriwayatkan oleh at-Tabrani berikut, yang bermaksud :
Daripada Anas r.a. berkata.. "Sesiapa yang berjalan menuju Solat Fardhu Berjamaah, maka ia mendapat pahala seperti pahala haji, dan sesiapa yang berjalan menuju Solat Sunat Berjamaah, maka ia mendapat pahala seperti pahala umrah"..

Selain itu, terdapat Hadis yang lain yang diriwayatkan oleh al-Imam at-Tarmizi berikut, yang bermaksud :
Daripada Anas r.a. berkata : Rasulullah s.a.w telah bersabda : "Sesiapa yang solat empat puluh (40) hari bersama jamaah dan mendapat 'at-Takbiratul Uulaa', dituliskan atau ditetapkan baginya dua (2) pelepasan iaitu : [1] Pelepasan dari api neraka dan [2] Pelepasan dari bersifat Munafiq"...

Wallahuaa'lam..

Bilakah diSyariatkan Azan? dan Siapakah Muazzin Pertama??



Faedah : Berlaku peristiwa mimpi azan itu ialah pada tahun pertama Hijrah. Dan dikatakan bahawa Abdullah bin Zaid, apabila Rasulullah s.a.w wafat, ia berkata : Ya Allah.. Bantulah aku supaya aku tidak melihat sesuatu selepas baginda. Maka, pada ketika itu juga Allah membutakan matanya.


Dan dikatakan juga bahawa ia telah azan sekali dengan izin Allah Nabi Muhammad s.a.w. Maka dengan itu, dia adalah Muazzin pertama dalam Islam..

Ada pendapat lain mengatakan saidina Bilal bin Rabah adalah Muazzin pertama.. Beliau tidak pernah azan untuk mana-mana khalifah selepas Rasulullah s.a.w melainkan sekali di zaman Khalifah Umar ibnul Khattab, iaitu ketika beliau mamasuki negeri Syam (Kini terbahagi kepada tiga negara iaitu Jordan, Syria, dan Lubnan).. Pada ketika itu, apabila mendengar laungan azannya, orang ramai pun menangis dengan tangisan yang amat memilukan dan menghibakan.. kerana terkenangkan saat-saat indah bersama Rasulullah s.a.w..


al-Hakim meriwayatkan bahawa : Rasulullah s.a.w bersabda : "Sebaik-baik 'as-Saudan' (orang berkulit hitam) itu tiga orang, iaitu Bilal bin Rabah, Luqman, dan Mihja' (bekas hamba Saidina Umar r.a.), iaitu orang yang pertama terbunuh dalam peperangan Badar"..

wallahuaa'lam..

Dalil Menunjukkkan Azan Disyariatkan



1. Firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 58 yang bermaksud "Dan apabila kamu menyeru (azan) untuk mengerjakan solat"


2. Hadis : Daripada Malik bin al-Huwairith berkata : Aku dan beberapa orang lagi dari kaumku telah pergi menemui Rasulullah s.a.w di Madinah dan seterusnya menetap di sana selama dua puluh (20) malam. Maka apabila baginda mendapati kami merindui keluarga kami, baginda pun bersabda : "Pulanglah kamu semua ke kampung kamu". Tinggal tetaplah di sana, dan ajarkanlah mereka serta kerjakanlah solat. Sekiranya masuk waktu solat maka "azanlah" salah seorang dari kamu.. Dan hendaklah menjadi Imam orang yang paling dewasa di kalangan kamu" [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

Hadis : Daripada Muhammad bin Abdullah berkata : telah menceritakan kepadaku bapaku [Abdullah bin Zaid] bahawa ia berkata "Tatkala Rasulullah s.a.w menyuruh membuat 'Naqus' untuk dipalu agar dapat menghimpunkan orang ramai supaya dapat menunaikan solat secara berjemaah, tiba-tiba aku tertidur. Di dalam tidurku aku bermimpi ada seorang lelaki membawa Naqus. Aku bertanya kepada lelaki itu : "Wahai Abdullah.. Apakah engkau ingin menjual Naqus itu?" Ia menjawab : "Apa yang engkau ingin lakukan dengannya?" Aku berkata : "Kami jadikan ia sebagai alat menyeru orang solat". Lelaki itu berkata lagi : "Sudikah engkau aku tunjukkan sesuatu yang lebih baik dari itu?" Aku berkata : "Tentu sekali". Ia berkata, katakanlah [Azan awal hingga akhir]. Kemudian ia berundur dariku tidak begitu jauh, dan kemudian berkata : Katakanlah ketika hendak mendirikan solat [Iqamah awal hingga akhir]...


Di waktu pagi, aku pergi menemui Rasulullah s.a.w lalu aku khabarkan apa yang aku lihat dalam mimpiku.. Lalu baginda bersabda : "Sesungguhnya itu adalah mimpi yang benar. Insha Allah.. Pergilah engkau menemui Bilal, dan kemudian perturunkan kepadanya apa yang engkau lihat di dalam mimpimu itu dan azanlah bilal dengannya.. Sesungguhnya Bilal itu lebih lanjut atau lebih nyaring suaranya berbanding kamu". Maka dengan itu, aku pun berdiri bersama Bilal dan kemudian aku perturunkan (azan itu) kepadanya, maka berazanlah ia dengan azan yang aku perturunkan kepadanya itu".


Setelah itu Umar ibnul Khattab yang terdengar seruan itu dari rumahnya telah keluar menghela selendangnya datang mendapatkan Rasulullah s.a.w dan berkata : "Demi tuhan yang mengutusmu dengan kebenaran Ya Rasulullah.. Sesungguhnya aku telah melihat di dalam mimpiku sepertimana yang dilihat olehnya". Maka bersabda Rasulullah s.a.w : "Maka segala Puji-pujian itu adalah bagi Allah".." [Hadis Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah]

Jika dikatakan : Hukum syarak tidak boleh disabitkan dengan mimpi, maka untuk menjawabnya kita katakan : Sebenarnya pendalilan azan ini bukan hanya bersandarkan kepada mimpi semata-mata.. Bahkan ianya telah disepakati oleh oleh al-Wahyu.. Selain dari itu, al-Bazzar telah meriwayatkan : "Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w telah diperlihat atau diperdengarkan seruan azan pada malam peristiwa al-Isra', dan diperdengarkan sebagai penyaksian di atas tujuh petala langit dan kemudian Jibril melantiknya sebagai Imam kepada penduduk langit, di mana, di antara mereka itu ialah Nabi Adam alaihissalam, dan Nabi Nuh alaihissalam.. Maka Allah memuliakan baginya semua penduduk langit dan bumi"..


wallahuaa'lam..

Takrif dan Maksud Azan



Azan dari sudut bahasa bermaksud 'pemberitahuan'...

Firman Allah dalam surah al-Haj ayat 27 bermaksud :
"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadah haji"

Penggunaan ayat 'Azzin' dalam ayat tadi yang berarti 'serukanlah' bermaksud 'beritahukanlah'..

Firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 3 yang bermaksud "Dan inilah perisytiharan daripada Allah dan Rasulnya.."

Dari sudut syarak azan bermaksud: "kata-kata yang dikhususkan untuk diketahui dengannya telah masuk waktu solat fardhu"

Bandaraya Miri Sarawak Malaysia

Peringatan Buat Yang Masih Hidup



Bandar raya Miri yang terletak di Miri, Sarawak merupakan bandar pertama bukan ibu negeri yang mendapat taraf bandar raya. Miri mendapat taraf ini pada 20 Mei 2005 yang membawa gelaran "Bandaraya Peranginan".

Miri merupakan bandar kedua terbesar di Sarawak, dengan jumlah penduduk kira-kira 300,000 orang. Kemajuan bandar ini adalah kerana kayanya daerah ini dengan sumber asli, terutamanya petroleum.

SEJARAH

Pencarian minyak terawal dalam catatan rasmi di Malaysia berlaku pada Julai 1882 oleh Residen British daerah Baram di Sarawak. Minyak ini digunakan oleh penduduk tempatan untuk tujuan perubatan dan seterusnya untuk menyala lampu dan mengalisairkan bot. Penerokaan komersial hanya bermula pada tahun 1910 apabila Syarikat Petroleum Anglo-Saxon, perintis kepada Sarawak Shell masa kini yang diberi hak eksklusif untuk penerokaan petroleum di Sarawak, menemui minyak di pekan Miri, menandakan bermulanya industri petroleum Malaysia.




Pada 1950-an, perhatian diberi kepada lautan kerana lapangan minyak di Miri makin kekeringan hasil. Ini dibolehkan lagi oleh perkembangan baru dalam teknologi penggalian petroleum di lautan. Pantauan seismos marin dijalankan buat julung kali di Sarawak pada tahun 1954. Peralihan ke hasil dalam lautan mula menunjukkan hasil pada tahun 1962 apabila minyak ditemui dalam dua kawasan luar pesisir Sarawak, diikuti banyak lagi pencarian lain dalam masa yang singkat. Platform minyak luar pesisir yang pertama didirikan ialah Lutong Barat yang terletak kira-kira enam batu dari pantai.



Lapangan minyak daratan yang terakhir ditutup pada awal 1970-an sementara penghasilan minyak dari luar pesisir Miri dimulakan. Miri mula berkembang pesat sejak Parlimen menguatkuasakan Akta Petroleum yang mengehendaki Shell dan Exxon untuk berkongsi hasil jualan minyaknya dengan rakyat Malaysia. pada masa ini juga, Miri mula mengembangkan industri perkhidmatan dan pelancongannya.



Pada tahun 1989, keluarnya cadangan berwawasan untuk Miri dijadikan bandaraya. Cadangan ini meraih restu kerajaan negeri Sarawak pada tahun 1993. Forum awam diadakan pada tahun 1994 dan satu kempen pengumpulan tandatangan besar-besaran diadakan pada tahun 2004 dan lebih satu per tiga populasi Miri telah meninggalkan tandatangan mereka sebagai tanda sokongan kepada usaha kerajaan bagi Miri meraih status bandaraya. Miri menyediakan rangka tindakan bandaraya pada awal 2000-an, sementara kerajaan bersama-sama sektor swasta telah mnunjukkan kemampuannya untuk memenuhi sepuluh kriteria utara yang digariskan Kerajaan Persekutuan untuk menjadi bandaraya. Kerajaan Negeri Sarawak meluluskan permohonan Majlis Perbandaran Miri untuk Miri dinaik taraf menjadi bandarata dan sejajar dengan itu, Majlis Perbandaran dinaik taraf menjadi Majlis Bandaraya Miri pada 20 Mei 2004. Kerajaan Persekutuan meluluskan permohonan ini pada 16 Mac 2005. Yang di-Pertua Negeri Sarawak menitahkan penubuhan Majlis bandaraya Miri pada 12 Mei 2005. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XII mengutuskan Surat Cara pengurniaan status bandaraya bagi nama "Majlis Bandaraya Miri" pada Majlis Perbandaran Miri dengan bidang kuasa penuh terhadap bandaraya Miri pada 13 Mei 2005. Pelantikan Datuk Bandar, Timbalan Datuk bandar dan anggota-anggota Majlis Bandaraya Miri diterbitkan dalam Warta Kerajaan Sarawak pada 19 Mei 2005. Pada 20 Mei 2005, pengisytiharan rasmi Bandaraya Miri dan pelantikan Cr. Dato Wee Han Wen sebagai Datuk Bandar pertama Majlis Bandaraya Miri diadakan di Miridan disusuli sambutan hari bandaraya. Kini, Hari Bandaraya Miri disambut pada 20 Mei setiap tahun.

PELANCONGAN

Daripada pekan minyak yang sibuk, Miri mengalami pemesatan sebagai bandaraya pelancongan yang baru. Pemandangan latar langit Miri turut banyak berubah selama ini. There are ambitious plans for Miri. The Miri Waterfront and Marina Park projects will give a complete facelift to Miri City in the near future.




Even though the atmosphere in the city is relaxed and casual, it is a bustling commercial centre with lively native markets, scenic parks, beaches, excellent restaurants and pubs. Miri City has become a vibrant and exciting city to Northern Borneo’s myriad of cultural, adventure and nature attractions.



Miri sering digelar Pintu Masuk Utara ke Sarawak dan ialah salah sebuah tarikan pelancong utama dan terpenting di negeri ini. Miri, bersama aset-aset semulajadinya banyak mengagumkan pelancong. Miri bermegah kerana dikelilingi empat buah taman negara bertaraf dunia (Gunung Mulu, Niah, Bukit Lambir dan Loagan Bunut).

TAMAN NEGARA

Taman Negara Gunung Mulu diperakui sebagai sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO mempunyai lubang gua terbesar di dunia, iaitu Lubang Nasib Bagus (Sarawak Chamber). Gua Niah di Taman Negara Niah ialah sebuah tapak arkeologi dan sejarah yang penting kerana di sinilah dijumpai salah satu tulang rangka manusia tertua di Asia Tenggara. Taman Negara Bukit Lambir mengandungi beraneka spesis flora dan fauna dan menduduki tempat ke-12 di kalangan tapak yang paling banyak biodiversitinya di dunia. Di Taman Negara Loagan Bunut pula terletaknya tasik semulajadi terbesar di Sarawak serta juga beraneka spesis burung. Selain itu, terdapat juga Taman Negara Marin Miri-Sibuti yang baru diwartakan dan mempunyai salah satu terumbu karang yang tercantik di rantau serta kepelbagaian hidupan lautan.

GRAND OLD LADY dan MUZIUM SAINS PETROLEUM

"The Grand Old Lady" ialah gelaran bagi Telaga Minyak Miri yang terawal ("Oil Well No. 1") di Miri yang kini dijadikan tarikan pelancong terkenal di Miri yang ditubuhkan kerana sumber minyaknya. Telaga minyak ini terletak di atas Bukit Telaga Minyak, atau dahulunya bergelar Canada Hill (mengikut cerita orang tua, pernah terdapat seorang warga Kanada yang tinggal di sana dan perniagaan utamanya ialah untuk mencari pekerja tempatan dan asing untuk bekerja di lapangan minyak di sekeliling bukit itu). Oil Well No. 1 didirikan oleh Syarikat Shell pada tahun 1910. Setelah enam dekad menghasilkan kira-kira 660,000 tong minyak, akhirnya perigi ini ditutup pada tahun 1972, seterusnya diisytiharkan sebagai sebuah monumen kebangsaan.




Pernah juga terdapat sebuah menara pengawasan berdekatan monumen ini di mana para pengunjung boleh mendapat pemandangan bandaraya Miri dengan lautnya sebagai horizonnya. Menara itu diturunkan untuk memberi laluan kepada pembinaan Muzium Sains Petroleum Miri dan kini diganti dengan platform pemandangan yang disediakan di atas bangunan ini. Muzium ini sendirinya menawarkan pelbagai jenis pameran selain yang berkaitan dengan industri minyak.

TAMAN AWAM

Miri mempunyai 14 taman awam dan tempat rekreasi. Antaranya ialah Taman Bulatan Miri (taman tasik), Luak Bay Esplanade (taman pesisir pantai), Taman Selera (kawasan perkelahan), Taman Awam Miri (taman tema) dan Miri City Fan yang paling terkenal di kalangan penduduk tempatan dan pelancong. Miri City Fan, sebuah taman 10.4 hektar di pusat bandar, dianugerahkan sebagai taman bandaraya berlandskap terbaik di Malaysia pada tahun 2001.


PUSAT MEMBELI BELAH

Miri juga dikenali sebagai tumpuan beli-belah di kalangan rakyat Malaysia dan Brunei. Ini termasuklah Bintang Plaza, pusat beli-belah yang sering dikunjungi golongan remaja; Boulevard Shopping Complex, Imperial Shopping Mall, E-Mart, Miri Plaza, Miri Square, Wisma Pelita Mall dan lain-lain lagi.




Tambahan lagi, Miri juga dikenali kerana hasil kraftangannya, terutamanya keluaran bermaniknya. Kedai kraftangan sepanjang Jalan Bendahara, dan Jalan Brooke merupakan destinasi pilihan di kalangan penduduk tempatan dan pelancong. Pusat Kraftangan Miri di simpang Jalan Merbau dan Jalan Brooke juga dijadikan tempat pilihan pemburu hasil kraftangan dan cenderahati.


TOKONG LIAN HUA SAN

Tokong Taoisme besar yang terletak di pinggir bandar Krokop di Miri ialah tokong Taoisme terbesar di Asia Tenggara. Seni bina luar biasa dan arca yang rumit di tokong ini banyak menarik pelancong.


PANTAI

Di Miri yang terletak berdekatan dengan laut juga terdapat pantai-pantai seperti Tanjong Lobang (Taman Selera), Luak Esplanade, Hawaii Beach, Bekenu-Sibuti, Pantai Lutong Beach dan sebagainya.

Site Map

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
MistisFiles
^Jangan Buka File di atas jika anda Otak Ringkas
My Intro