1 2 3 4 5

Aqiqah : Hukum Hakam Berkaitan Aqiqah


Konsep Aqiqah :
Aqiqah ialah penyembelihan binatang aL-An'am yang dilakukan ketika mencukur rambut bayi yang baru dilahirkan.. Ia dilakukan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah s.w.t disamping untuk mengisytiharkan
kelahiran cahaya mata mereka.. Aqiqah merupakan sunnah Rasulullah s.a.w seperti yang diriwayatkan dalam Hadis yang bermaksud :
"Daripada Samurah, katanya : Rasulullah s.a.w bersabda tentang Aqiqah : Setiap kanak2 bergantung pada Aqiqahnya, disembelih untuknya pada hari ketujuh, diberi nama, dan dicukur rambutnya.."
Perkataan 'aL-Murtahin' dalam Hadis di atas membawa maksud 'Anak tersebut tidak memberi Syafaat kepada kedua ibubapanya pada Hari Kiamat nanti jika ibubapanya tidak melakukan Aqiqah untuknya..'

Hukum Aqiqah :
Hukum melakukan Aqiqah ialah Sunat Muakkad, meskipun bapa bayi itu dalam kesempitan.. Rasululllah s.a.w pernah melakukan Aqiqah, dan demikian juga para sahabat baginda..

Daripada Ibnu Abbas r.a. katanya : Rasulullah s.a.w telah melakukan Aqiqah kepada Hassan dan Hussin dengan dua ekor kibas tiap2 seorang..

Berdasarkan Hadis tersebut adalah afdhal bagi ibubapa yang berkemampuan melakukan Aqiqah dengan dua ekor kambing untuk seorang anak lelaki, dan seekor kambing untuk seorang anak perempuan.. Sekiranya mereka kurang berkemampuan, memadai dengan seekor kambing sahaja untuk tiap2 seorang seperti Aqiqah yang dilakukan oleh oleh Rasulullah s.a.w untuk Hassan dan Hussin..

Seekor unta / lembu boleh dikongsi oleh tujuh orang samada untuk tujuan Aqiqah sahaja, atau sebahagian untuk Aqiqah, dan sebahagian yang lain untuk tujuan penyembelihan biasa..

Aqiqah tidak boleh dilakukan dengan menggunakan wang kanak2 itu sendiri, kerana ia adalah tabarru' berbentuk sedekah.. Jika wang kanak2 itu telah digunakan, maka ia hendaklah digantikan semula..

Tuntutan Aqiqah ialah sehingga kanak2 itu Baligh.. Aqiqah juga sunat dilakukan untuk kanak2 yang telah meninggal dunia..

Rukun dan Syarat2 Aqiqah :

RUKUN RUKUN AQIQAH SYARAT SYARAT
Binatang Aqiqah Sama seperti binatang yang dijadikan korban
Masa Aqiqah Ia boleh dilakukan pada bila2 masa.. Sebaik2nya sembelihan Aqiqah dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi..
Orang yang dituntut membuat Aqiqah Bapa bayi adalah afdhal melakukan Aqiqah

Pelaksanaan Aqiqah :

-Masa : Aqiqah afdhal dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi.. Jika tidak boleh dilakukan pada hari tesebut, ia boleh dilakukan pada hari keempat belas, atau pada hari keduapuluh satu.. Sekiranya Aqiqah tidak dapat juga dilakukan pada hari2 berkenaan, ia bolehlah dilakukan pada hari2 yang lain..

-Binatang : Jenis binatang yang boleh dibuat Aqiqah ialah binatang aL-An'am.. Sama seperti binatang yang boleh dibuat korban.. Demikian juga mengenai umur dan keadaan fizikal binatang2 tersebut..

-Pembahagian Daging : Daging Aqiqah sunat dimasak dengan masakan yang agak manis dan dibuat kenduri.. Ini berbeza dengan korban, yang dagingnya sunat dibahagi2kan dalam keadaan mentah..
Disunatkan juga supaya tidak mematahkan tulang binatang Aqiqah kecuali pada sendinya.. Kaki binatang Aqiqah sunat disedekahkan kepada bidan yang menyambut bayi tersebut.. Ini sesuai dengan saranan Rasulullah s.a.w.. Menurut riwayat daripada aL-Hakim, Saidatina Fatimah r.a. [radhiallahuanha] melakukannya menurut perintah Rasulullah s.a.w..

"Daripada Saidina Ali bin Abi Talib r.a. katanya : Rasulullah s.a.w telah melakukan Aqiqah untuk Hassan dengan seekor kambing.. Baginda menyuruh Fatimah dengan berkata : Cukur dan timbanglah rambut Hassan dan bersedekahlah menurut beratnya dengan perak" (Hadis Riwayat Tarmizi)

Hikmah / Kelebihan / Fadhilat Aqiqah :
1. Melahirkan kesyukuran kepada Allah s.w.t atas kurniaan zuriat yang diharap akan menyambung keturunan, disamping menurut sunnah Rasulullah s.a.w..
2. Mengeratkan sillaturrahim di antara keluarga bayi dengan jiran2 dan masyarakat setempat..
3. Menggalakkan orang yang mendapat cahaya mata untuk bersedekah..
4. Memberi penghayatan Islam sejak awal2 lagi..
5. Sebagai pengumuman supaya masyarakat dapat menumpang gembira..
6. Dapat mengelakkan daripada timbulnya fitnah..

Perbezaan dan Persamaan Antara Korban dan Aqiqah :

PERKARA KORBAN AQIQAH
Masa Hari Raya Haji dan Hari2 Tashriq Bila2 masa
Tujuan Menghampirkan diri kepada Allah dan mengenang kembali peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. Kesyukuran kerana kelahiran anak
Hukum Sunat Muakkad Sunat Muakkad
Pembahagian daging Afdhal daging mentah Afdhal daging yang telah dimasak
Penerima daging Tidak boleh diberikan kepada orang bukan Islam Tidak boleh diberikan kepada orang bukan Islam
Bilangan binatang Tidak ditentukan Lelaki dua bahagian dan perempuan satu bahagian
Jenis binatang Binatang aL-An'am Binatang aL-An'am


Amalan2 Sunat Ketika Menyambut Kelahiran Bayi :

1. Disunatkan Azan di telinga kanan dan Iqamah di telinga kiri bayi yang dilahirkan.. Amalan ini bertujuan memperdengarkan kalimah2 Tauhid kepada bayi sebagai suara pertama yang masuk ke telinganya.. Amalan tersebut diharapkan memberi kesan yang mendalam ke dalam jiwanya sebelum bayi itu didedahkan kepada suara2 yang lain..
2. Disunatkan melakukan 'Tahnik' iaitu 'membelah' mulut bayi pada hari Aqiqah dengan buah Tamar atau yang seumpamanya.. Tahnik afdhal dilakukan oleh seseorang yang Soleh..
3. Disunatkan juga memberi nama kepada bayi dengan nama yang baik seperti yang terdapat dalam 'Asmaul Husna', iaitu dengan menambah 'Abd' pada pangkalnya, seperti 'Abdur Rahman', Abdullah, dan lain2.. Disunatkan juga menamakan bayi dengan nama Rasul dan Nabi..
Bayi perempuan pula sunat diberi nama denagn nama isteri2 Rasulullah s.a.w, seperti Khadijah, Aishah, dan sebagainya.. Begitu juga dengan nama anak perempuan baginda, seperti Fatimah, Zainab, dan lain2..
Di samping itu, anak2 yang telah meninggal dunia, atau bayi yang gugur dari kandungan juga sunat diberi nama masing2..
Adalah makruh menamakan anak2 mereka dengan nama yang tidak baik, atau nama2 yang tidak mempunyai makna2.. Rasulullah s.a.w pernah menukar nama seseorang yang tidak baik kepada nama yang lebih baik..



Sambutan Hari Lahir :

Fenomena baru yang menjadi ikutan masyarakat Malaysia sejak beberapa lama ialah menyambut Hari Lahir.. Mengadakan majlis yang sedemikian tidaklah salah, selagi tidak ada acara2 yang bertentangan dengan Syariah Islam.. Antara cara yang boleh dibuat bagi menyambut Hari Lahir mengikut Islam ialah mengadakan jamuan makan dan Doa Selamat.. Ia hendaklah diadakan secara sederhana, tidak membazir, dan tidak melanggar adab pergaulan yang ditetapkan oleh Syariah Islam..

Jika majlis itu dihidangkan dengan arak, diiringi dengan tari menari, serta berlaku pergaulan bebas di antara lelaki dengan perempuan, maka ia adalah HARAM.. Umat Islam sepatutnya tidak terikut2 dengan budaya barat dalam menyambut sambutan Hari Lahir, seperti amalan meniup lilin yang terletak di atas kek..


Info Tambahan (^_^)

1. Berfikir tentang kejadian alam adalah salah satu amalan yang boleh menambahkan iman manusia terhadap kekuasaan dan kebijaksanaan Allah s.w.t..

2. Doa yang dibaca oleh penyembelih binatang Aqiqah selepas membaca Bismillah : Allahumma minka wa ilaika Aqiqah (Si Fulan)

3. Rasulllah s.a.w telah bersabda, yang bermaksud : "Sesiapa yang memperoleh anak, lalu diazankan pada telinga kanannya.. dan Iqamah pada telinga kirinya, anak itu tidak akan dimudaratkan oleh syaitan.." (Hadis Riwayat aL-Baihaqi)

4. Imam Muslim mweriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w sendiri pernah melakukan Tahnik kepada anak Abu Talhah..

5. Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. bahawa anak perempuan Umar diberi nama Asiah, lalu Rasulullah s.a.w menukar namanya kepada Jamilah.. (H.R. Ibnu Majah)

6. Doa yang dibisikkan ke telinga bayi yang baru lahir, yang bermaksud "Aku melindungkannya serta zuriat keturunannya di bawah peliharaanmu daripada syaitan yang dilaknat"..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
MistisFiles
^Jangan Buka File di atas jika anda Otak Ringkas
My Intro