1 2 3 4 5

Hukum & Kewajipan Menutup Aurat Ke Atas Umat Islam


Betulkan yang biasa.. Biasakan yang betul..


Sebab Nuzul Ayat (^_^)

Ayat ini diturunkan bertepatan dengan kisah Asma' binti Abu Bakar sewaktu beliau menemui Rasulullah s.a.w dengan memakai pakaian yang nipis..

Aishah r.a. meriwayatkan bahawa Asma' binti Abu Bakar telah datang menziarahi Rasulullah s.a.w dengan memakai pakaian yang nipis.. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda : "Wahai Asma'.. Sesungguhnya seseorang perempuan itu apabila sudah datang Haid tidak boleh dilihat melainkan ini sahaja (Baginda mengisyaratkan muka dan tangannya..)"

Intisari Ayat (^_^)

Allah s.w.t mewajibkan kepada orang Islam lelaki dan perempuan supaya menutup aurat dan mengawal pandangan daripada melihat perkara-perkara yang tidak baik.. Begitu juga perempuan Islam tidak dibenarkan menunjukkan perhiasannya kepada lelaki ajnabi yang bukan mahramnya..

Tujuan kewajipan ini ialah untuk menjaga kehormatan dan memelihara maruah diri..


Menutup Aurat Dalam Islam (^_^)

Pengertian Aurat :
Dari segi bahasa, aurat ialah sesuatu yang mengaibkan..
Dari segi istilah, aurat ialah bahagian tubuh badan seseorang yang WAJIB ditutup dan dilindungi daripada pandangan bukan mahram atau ajnabi..

Hukum menutup aurat adalah WAJIB bagi lelaki dan perempuan Islam..

Batas-batas aurat :
Aurat Lelaki :
1. Dengan perempuan mahram, auratnya di antara pusat dengan lutut..
2. Dengan perempuan bukan mahram, auratnya di antara pusat dengan lutut..
3. Dengan perempuan bukan Islam, auratnya di antara pusat dengan lutut..

Aurat Wanita :
1. Dengan mahram lelaki, auratnya di antara pusat dengan lutut..
2. Dengan lelaki bukan mahram, auratnya seluruh tubuh, kecuali muka dan dua pergelangan tangan..
3. Dengan lelaki bukan Islam, auratnya seluruh tubuh, kecuali muka dan dua pergelangan tangan..

Sebab-sebab Islam meWAJIBkan lelaki dan perempuan Islam menutup aurat :
1. Untuk menjaga dan memelihara kehormatan, kesopanan, dan maruah diri seseorang..
2. Menghindarkan diri daripada terjerumus ke arah perbuatan Zina..
3. Untuk membezakan antara keperibadian orang Islam dengan orang bukan Islam..
4. Menggambarkan bahawa orang Islam sangat patuh dan taat kepada perintah Allah..

Hikmah / Fadhilat / Kebaikan disebalik kewajipan menutup aurat ke atas orang Islam :
1. Memuliakan manusia sebagai makhluk yang istimewa..
2. Membentuk diri manusia supaya menjadi insan yang beradab..
3. Dapat mengelak diri daripada sebarang fitnah..
4. Melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia dan patuh kepada perintah Allah..

Islam menggalakkan umatnya berpakaian baik, bersih, cantik, dan menutup aurat kerana amalan tersebut mendatangkan kebaikan kepada manusia..

Antara kebaikan menutup aurat dan keburukan mendedahkan aurat ialah :

KEBAIKAN MENUTUP AURAT KEBURUKAN MENDEDAHKAN AURAT
Kehormatan dan maruah diri terjaga Mencemarkan kehormatan dan maruah diri
Dapat mengelak daripada berlaku perkara-perkara yang tidak diingini Mendorong kepada berlaku perkara-perkara yang tidak baik
Dapat menghindar daripada terjerumus ke arah perbuatan yang tidak baik Dibenci dan dicemuh oleh orang lain
Dipandang mulia dan dihormati oleh orang lain Tidak melambang keperibadian Muslim sejati
Melambangkan keperibadian Muslim sejati Terdedah kepada gangguan lelaki yang tidak bermoral


Pakaian Menurut Islam (^_^)

Islam menyuruh umatnya berhias diri dengan memakai pakaian yang menutup aurat mengikut kemampuan masing-masing.. Islam tidak menetapkan sesuatu fesyen yang boleh dipakai oleh kaum lelaki dan wanita.. Semua fesyen boleh dipakai asalkan menutup aurat dan bukan daripada jenis kain yang diharamkan..

Antara ciri-ciri pakaian dan perhiasan yang diharuskan ialah :
1. Hendaklah menutup aurat
2. Tidak nipis
3. Hendaklah longgar, selesa, dan tidak ketat
4. Pakaian lelaki yang tidak menyerupai pakaian wanita, atau sebaliknya
5. Lelaki tidak dibenarkan memakai emas dan sutera, kerana ia khas untuk perempuan
6. Tidak menyerupai pakaian sesuatu kaum.. Contohnya : Yahudi




Ada beberapa jenis pakaian dan perhiasan yang diHARAMkan bagi lelaki dan wanita dalam Islam.. Jenis-jenis pakaian tersebut seperti berikut :

HARAM BAGI LELAKI HARAM BAGI WANITA
Semua jenis pakaian yang dibuat daripada sutra Memakai pakaian bertujuan untuk bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk
Semua barang perhiasan daripada emas Pakaian yang nipis yang menampakkan tubuh badan
Memakai pakaian yang menyerupai kaum wanita Pakaian yang menjadi lambang kepada agama lain
Memakai pakaian bertujuan untuk bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk Pakaian yang menyerupai pakaian lelaki
Semua pakaian yang menjadi lambang kepada agama lain Pakaian yang terlalu ketat dan mengghairahkan

Allah s.w.t memerintahkan golongan wanita supaya menyembunyikan perhiasan dirinya daripada dilihat oleh orang lain, kecuali kepada golongan yang tidak diharamkan..

Golongan yang tidak diharamkan melihat perhiasan wanita ialah :
1. Suami
2. Bapa. Termasuk datuk hingga ke atas
3. Bapa suami (mertua)
4. Anak lelaki dari saudara lelaki
5. Anak lelaki dari saudara perempuan
6. Anak-anak lelaki. termasuk cucu hingga ke bawah
7. Anak lelaki suami (anak tiri)
8. Adik-beradik lelaki
9. Sesama wanita
10. Hamba sahaya
11. Palayan lelaki yang tiada keinginan syahwat




Panduan Bergaul Antara Lelaki & Wanita (^_^)

Garis panduan dalam pergaulan antara lelaki dan wanita seperti berikut :
1. Lelaki dan wanita dibenarkan bergaul dalam perkara-perkara yang diharuskan oleh syarak
2. Tidak membenarkan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita tanpa batas
3. Haram bagi lelaki melihat aurat wanita.. Begitu juga sebaliknya..

Islam tidak membenarkan lelaki dan wanita bertentangan mata antara satu sama lain, kecuali disebabkan sesuatu yang diharuskan.. Justeru itu, Islam mewajibkan lelaki dan wanita supaya merendahkan pandangan mereka, dan mengawal pandangan daripada perkara-perkara mungkar..

Pandangan mata yang tidak terkawal antara lelaki dan wanita boleh menjadi permulaan kepada berlakunya Zina..


Pengajaran Ayat (^_^)

1. Setiap umat Islam samada lelaki, mahupun wanita.. WAJIB menutup aurat terhadap golongan yang bukan mahram
2. Orang Islam dilarang memakai pakaian dan barang-barang perhiasan secara berlebihan, kerana dikhuatiri wujud sifat yang tidak baik dalam diri..
3. Kaum wanita dilarang memperlihatkan perhiasan tubuh badan kepada bukan mahram kerana dibimbangi berlaku fitnah..


aurat

aurat

4 comments:

  1. Alhamdulillah.......boleh tambah ilmu..

    ReplyDelete
  2. alhamdulilah...sekarang saya tahu bagaimana nak menutup aurat dgn sempurna,...

    ReplyDelete
  3. terima kasih post tentang aurat.saya dapat jadikan ia sebagai rujukan assignment saya.syukran.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
MistisFiles
^Jangan Buka File di atas jika anda Otak Ringkas
My Intro