1 2 3 4 5

Fadhilat dan Kelebihan Solat Berjamaah Berdasarkan Hadis


Hakikat Solat Berjamaah :
Ialah hubungan yang terhasil di antara Imam dan makmum, sekalipun makmum itu seorang sahaja. Ianya adalah salah satu dari ciri-ciri khusus umat Nabi Muhammad s.a.w ini.. sepertimana Solat Jumaat, Solat Dua Hari Raya, Solat Gerhana, dan Solat Minta Hujan..

Berkata al-Manawiy : Hikmah ianya diSyariatkan ialah untuk menyemai semangat kasih sayang di antara ahli jamaah. Sebab itulah dibina masjid di sesebuah penempatan untuk membolehkan berlaku pertemuan (pada waktu solat) di antara jiran tetangga.. Dengan adanya solat berjamaah juga, orang yang kurang arif dapat belajar dari yang alim apa yang mereka kurang tahu, khususnya perkara-perkara yang berkaitan dengan solat..

Sebagaimana yang kita ketahui, martabat manusia berbeza-beza dari sudut nilai ibadah mereka. Oleh itu, dengan mengerjakan solat secara berjamaah, kekurangan yang ada pada mereka yang kurang nilai solatnya itu, dapat ditampung dari kelebihan pahala solat mereka yang lebih nilai solatnya.. Maka dengan itu, sempurnalah solat semuanya..

Terdapat beberapa buah hadis yang menerangkan kelebihan solat berjamaah. Antaranya ialah hadis berikut, yang bermaksud :
Dari Abdullah bin Umar, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : "Solat berjamaah itu melebihi fadhilat solat bersendirian dengan dua puluh tujuh (27) darjat" [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

Terdapat beberapa buah hadis lain mengenai kelebihan solat berjamaah iaitu seperti Hadis yang diriwayatkan oleh at-Tabrani berikut, yang bermaksud :
Daripada Anas r.a. berkata.. "Sesiapa yang berjalan menuju Solat Fardhu Berjamaah, maka ia mendapat pahala seperti pahala haji, dan sesiapa yang berjalan menuju Solat Sunat Berjamaah, maka ia mendapat pahala seperti pahala umrah"..

Selain itu, terdapat Hadis yang lain yang diriwayatkan oleh al-Imam at-Tarmizi berikut, yang bermaksud :
Daripada Anas r.a. berkata : Rasulullah s.a.w telah bersabda : "Sesiapa yang solat empat puluh (40) hari bersama jamaah dan mendapat 'at-Takbiratul Uulaa', dituliskan atau ditetapkan baginya dua (2) pelepasan iaitu : [1] Pelepasan dari api neraka dan [2] Pelepasan dari bersifat Munafiq"...

Wallahuaa'lam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
MistisFiles
^Jangan Buka File di atas jika anda Otak Ringkas
My Intro