1 2 3 4 5

Dalil Menunjukkkan Azan Disyariatkan



1. Firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 58 yang bermaksud "Dan apabila kamu menyeru (azan) untuk mengerjakan solat"


2. Hadis : Daripada Malik bin al-Huwairith berkata : Aku dan beberapa orang lagi dari kaumku telah pergi menemui Rasulullah s.a.w di Madinah dan seterusnya menetap di sana selama dua puluh (20) malam. Maka apabila baginda mendapati kami merindui keluarga kami, baginda pun bersabda : "Pulanglah kamu semua ke kampung kamu". Tinggal tetaplah di sana, dan ajarkanlah mereka serta kerjakanlah solat. Sekiranya masuk waktu solat maka "azanlah" salah seorang dari kamu.. Dan hendaklah menjadi Imam orang yang paling dewasa di kalangan kamu" [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

Hadis : Daripada Muhammad bin Abdullah berkata : telah menceritakan kepadaku bapaku [Abdullah bin Zaid] bahawa ia berkata "Tatkala Rasulullah s.a.w menyuruh membuat 'Naqus' untuk dipalu agar dapat menghimpunkan orang ramai supaya dapat menunaikan solat secara berjemaah, tiba-tiba aku tertidur. Di dalam tidurku aku bermimpi ada seorang lelaki membawa Naqus. Aku bertanya kepada lelaki itu : "Wahai Abdullah.. Apakah engkau ingin menjual Naqus itu?" Ia menjawab : "Apa yang engkau ingin lakukan dengannya?" Aku berkata : "Kami jadikan ia sebagai alat menyeru orang solat". Lelaki itu berkata lagi : "Sudikah engkau aku tunjukkan sesuatu yang lebih baik dari itu?" Aku berkata : "Tentu sekali". Ia berkata, katakanlah [Azan awal hingga akhir]. Kemudian ia berundur dariku tidak begitu jauh, dan kemudian berkata : Katakanlah ketika hendak mendirikan solat [Iqamah awal hingga akhir]...


Di waktu pagi, aku pergi menemui Rasulullah s.a.w lalu aku khabarkan apa yang aku lihat dalam mimpiku.. Lalu baginda bersabda : "Sesungguhnya itu adalah mimpi yang benar. Insha Allah.. Pergilah engkau menemui Bilal, dan kemudian perturunkan kepadanya apa yang engkau lihat di dalam mimpimu itu dan azanlah bilal dengannya.. Sesungguhnya Bilal itu lebih lanjut atau lebih nyaring suaranya berbanding kamu". Maka dengan itu, aku pun berdiri bersama Bilal dan kemudian aku perturunkan (azan itu) kepadanya, maka berazanlah ia dengan azan yang aku perturunkan kepadanya itu".


Setelah itu Umar ibnul Khattab yang terdengar seruan itu dari rumahnya telah keluar menghela selendangnya datang mendapatkan Rasulullah s.a.w dan berkata : "Demi tuhan yang mengutusmu dengan kebenaran Ya Rasulullah.. Sesungguhnya aku telah melihat di dalam mimpiku sepertimana yang dilihat olehnya". Maka bersabda Rasulullah s.a.w : "Maka segala Puji-pujian itu adalah bagi Allah".." [Hadis Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah]

Jika dikatakan : Hukum syarak tidak boleh disabitkan dengan mimpi, maka untuk menjawabnya kita katakan : Sebenarnya pendalilan azan ini bukan hanya bersandarkan kepada mimpi semata-mata.. Bahkan ianya telah disepakati oleh oleh al-Wahyu.. Selain dari itu, al-Bazzar telah meriwayatkan : "Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w telah diperlihat atau diperdengarkan seruan azan pada malam peristiwa al-Isra', dan diperdengarkan sebagai penyaksian di atas tujuh petala langit dan kemudian Jibril melantiknya sebagai Imam kepada penduduk langit, di mana, di antara mereka itu ialah Nabi Adam alaihissalam, dan Nabi Nuh alaihissalam.. Maka Allah memuliakan baginya semua penduduk langit dan bumi"..


wallahuaa'lam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
MistisFiles
^Jangan Buka File di atas jika anda Otak Ringkas
My Intro